| SHE SAYS… — AN LEV8 ORIGINAL
~ by The Stiletto Ninja
“Buktikan kau tu masih dara!”
Itu sahaja modal yang dilontarkan kepada Shuhada (bukan nama sebenar) yang baharu berusia 14 tahun pada ketika itu…
… dan dengan mudahnya, dia menyerahkan dirinya kepada teman lelakinya yang hanya lebih tua beberapa bulan sahaja daripadanya.
Tak perlu bercinta bertahun-tahun. Tak perlu berbelanja makan malam mewah, candle lit dinner. Sejambak bunga pun belum tentu dapat. Entah-entah zaman tu, konsep couple ring pun belum popular lagi di Malaysia ni. Apatah lagi menggunakan perlindungan. Yes, when we say ‘perlindungan’, we do mean, ‘condoms’.
Ini bukan cerita dongeng, ini kisah sebenar yang diceritakan oleh salah seorang pelajar Ms Paris sewaktu bertugas sebagai guru dahulu. Ms Paris sendiri tak pasti, kenapa tiba-tiba si Shuhada ni datang ke bilik guru dan mula membuka cerita. Tapi kalau diingat-ingatkan balik, ehhhh, memang Ms Paris ni salah seorang guru yang dianggap cool. Cumanya dulu Ms Paris dipanggil ‘Cikgu Nura’ lah! Mungkin juga Shuhada memerlukan teman untuk meluahkan perasaan dan entah macam mana, dia percaya Ms Paris tak akan ‘pecah lubang’.
Sebenarnya sampai sekarang, Ms Paris tak pernah ‘pecah lubang’ tentang identiti si Shuhada ni (sekali lagi, bukan nama sebenar). Cuma kadang-kala bila bercerita dengan orang, pasti ditanya, “Tak report kat mak bapak dia ke?” Ehhh, matilah nak, kalau nak report kepada ibu bapa Shuhada tu. Wallahualam, reaksi ibu bapanya kalau mereka tahu. Silap-silap dah mati budak tu dikerjakan. Lagi teruk, kalau dua-dua sekali kena cangkul (zaman Ms Paris, term ‘cangkul’ ni glamour!). Biasalah, ibu bapa Melayu ni memang pantang kalau anak-anaknya menconteng arang ke muka.
Lepas tu, mereka datang pula ke sekolah sambil terpekik, “Cikgu Nuraaaa!” dan Ms Paris pula nanti yang dipukulnya sampai mati.
Melawak, melawak juga, tetapi sewaktu si Shuhada bercerita pengalaman ‘deflowering’ lah cakap orang putih yang bunyinya molek sikit, Ms Paris sendiri terimbas kenangan zaman kanak-kanak Ribena dulu pada usia yang sama. Lepas sekolah pun, selalunya Ms Paris membaca komik atau novel Sweet Valley (memang sweet, youuu!). Tak pun, main kejar-kejar dengan anak jiran. Bila berkumpul dengan kawan perempuan pula, memang tak ada topik lain, asyik cerita pasal boy bands saja. Korang budak-budak muda tak kenal New Kids on the Block, LOL! Anyway, kalau ada minat sesiapa pun, selalunya Ketua Pengawas Sekolah atau budak lelaki kelas sebelah. Tapi bila diingat semula, rasanya nak ajak berdating pada usia 14 tahun tu memang ibarat meminta rotan 10 kali dek mak sendiri. Kena ingat ya, sewaktu artikel ni ditulis, Ms Paris sudah pun mencecah usia 742 tahun. Remaja purbalah kata orang kita.
Selesai Shuhada bercerita, Ms Paris pun bertanya, “So, sekarang masih couple ke?”
Jawapannya, tidak. Rupa-rupanya Beruk tu break-up dengan Shuhada dan couple pula dengan kawan si Shuhada sendiri. Girls, please, don’t recycle your friends’ boyfriends! It’s not very sisterly of you!
Soalan cepumas, “So korang pakai protection tak?”
Jawapannya, kadang-kadang. Mmmmm, selalunya ‘kadang-kadang’ ni maksudnya, most of the time, TIDAK. Tapi tak apa, kita jangan judge orang. Tak baik.
Kami berbual secara telus dan halus lagi. Bagi Ms Paris, banyak benda yang remaja semuda itu perlu tahu dan faham. Manalah tahu, esok-esok, Ms Paris dikurniakan anak perempuan juga. Allahuakhbar, dah ada 2 orang pun sekarang. Seram jadi Mak!
“Shuhada, sebelum kita sayang orang lain, kita kena sayang diri sendiri dulu. Mana tahu, nanti awak berjumpa orang lain. Mungkin dia baik, mungkin dia sama saja beruknya dengan ex awak tu. Tapi kalau partner awak minta awak buat something, tak kisahlah apa-apa pun, awak kena faham benda yang dia minta tu dan apa kesannya pada awak. Manusia ni, mulut manis, macam-macam dia boleh cakap, tapi kita kena pentingkan diri kita juga. Awak pun kena happy juga ya?”
Sejujurnya, bagi seorang guru seperti Ms Paris, sedih bila melihat pelajar sendiri hampir menitiskan air mata dan bertanya, “Cikgu, ada ke nanti lelaki yang sayangkan saya?”
Ms Paris pun peluk budak tu. Kecil betul rasanya. Cikgu perempuan boleh peluk pelajar perempuan ya! Cikgu lelaki jangan over pula! “Kenapa tak ada pula? Awak tu sebenarnya lagi bernilai daripada apa yang awak fikirkan”.
Kadang-kala, Ms Paris teringat kisah ni, terfikir juga, apalah nasib si Shuhada ni selepas Ms Paris meninggalkan dunia perguruan. Entah hidup ke, entah dah tak ada lagi. Apa-apa pun, kalau diberi peluang berjumpa lagi, Ms Paris akan beritahu dia dan anak-anak gadis remaja yang lain …
“Saya tak perlu membebel atau suruh awak buat apa-apa. Saya cuma awak buat pilihan yang baik supaya tak menyesal kemudian hari. Tapi, kalau kita dah buat silap sekali pun, kita boleh belajar dari kesilapan tu dan buat pilihan yang baik.
Bila kita belajar untuk menyayangi diri sendiri, kita tahu di mana letaknya nilai harga diri kita. Kita cuma perlu jadi baik dan berbuat baik kepada orang lain. Satu hari nanti, mungkin awak juga boleh kongsikan secebis ilmu ini dengan orang lain”.
Oh, ya, sebelum Ms Paris terlupa! Apooo nak buktikan dara-dara ni? Kau tu siapa? Anak Raja Gondang ke nak bukti dara kononnya sebelum berkahwin? Soalan cepumas, KAU tu dara atau teruna lagi tak?
Kwang kwang kwanggg!
~
https://www.facebook.com/LEV8.MY
All rights reserved. 2021 LEV8 Malaysia.
LEV8 does not own the rights to this image, and credit goes to the owner.